Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 7: Tanah. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Tanah oh Tanah oleh Cikgu HalinaSains Tahun 3 Unit 7: Tanah Tajuk Lagu: Tanah Oh Tanah Melodi: Tetamu (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Hai tanah tiga jenis Mari kenali Pasir dan tanah liat Dan tanah kebun Hai pasir alir laju Ada kelodak Pasir dan batu kerikil Tanamlah kaktus Tanah liat alir lambat Lapis kelodak Tanamlah padi sini Sangat sesuai Tanah kebun haiwan reput Kelodak, pasir Mengalir sederhana Tanamlah sawit Hai kawan-kawan semua Kenali tanah Agar senang nak tanam pokoklah apa Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
A. Jenis-Jenis dan Kandungan Tanah
B. Pengaliran Air dalam Tanah
C. Kesesuaian Tanah
Senarai Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Roslan Ghazali, Enchum Ibrahim, Idrus Hassann &Wan Mahiswandi Wan Ismail. 2013. Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai Penulis Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. ArchivesCategories |