Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Cara menjawab Kertas 1 yang dihasilkan oleh Cikgu Shukry Supaat. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Tonik Teknik Kertas 1 "Kisah Sains Kita" oleh Cikgu Chang Tun KuetParodi Lagu: Teknik Menjawab Sains UPSR Kertas 1 Irama lagu: Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) Lirik lagu: Cikgu Chang Tun Kuet (Untuk kegunaan PdPc sahaja) ‘Kan ku cerita pada semua Teknik menjawab Sains Kertas Satu Agar semua tahu Dan mendapat gred A dalam Sains Sebelum jawab, doa dulu Dapat soalan janganlah gopoh Ikut arahan guru, semaklah mula mengikut masa Baca soalan teliti Sekurang-kurangnya dua kali Garis kata kunci, kenal pasti Tajuk diuji Potong jawapan yang salah Bulat jawapan yang paling tepat Pindahkan pilihan jawapan ke Kertas OMR ‘Ku pernah rasa Bulat salah Jangan cemas, ambil pemadam Padam sampailah bersih, Hati-hati, janganlah sampai terkoyak Sentiasa lihat pada jam Peka dengan ingatan gurumu Siap empat puluh soalan Dalam masa sejam Jumpa soalan yang susah Buat tanda, teruskan menjawab Jangan henti lama sangat pada suatu soalan Berusaha, tak putus asa A dalam gengaman Aku telah pun bersedia Bayangkan Gred A dalam gengaman Kuasai semua fakta dan elak kecuaian Tiba waktunya nanti ‘Kan ku buktikan pada dunia Yang aku juga, mampu mendapat A dalam Sains |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. ArchivesCategories |