Kuiz Sains Tahun 5 (Google Forms)6/7/2020 0 Comments Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan berikut: Unit 1 (Kemahiran Saintifik): https://forms.gle/1fKdpYFUofqeqYKF6 Unit 2 (Peraturan BIlik Sains): https://forms.gle/ZbRF6XcWq9G3sypo6 Unit 3 (Mikroorganisma): https://forms.gle/Ey25JgoBH6nA3iL59 Unit 4 (Interaksi antara hidupan): https://forms.gle/qgHJbf3EU8rkRibr7 Unit 5 (Pemeliharaan dan Pemuliharan): https://forms.gle/NrPrLeyQAaz8pouVA Unit 6 (Daya): https://forms.gle/PvJ8vkfevZGsmZ2x6 Unit 7 (Kelajuan): https://forms.gle/djwXzWeaT6tiWta7A Unit 8 (Pengawetan Makanan): https://forms.gle/3p7ew4fiikXr98DE6 Unit 9 (Bahan Buangan): https://forms.gle/NhHUFwuPYwPijc2k9 Unit 10 (Gerhana): https://forms.gle/vDk19zitsEhT31SF7 Unit 11 (Buruj): https://forms.gle/JeVLPkbNF69qfDxL9 Unit 12 (Mesin): https://forms.gle/Wn4yjegmDJiWP2qGA Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
10 Comments
Salam Perpaduan dan Salam KSSR Sains. Disertakan di bawah ialah RPT Sains Tahun 6 / 2019 yang versi Sarawak atau Kumpulan B. Semoga bermanfaat. ![]()
Sekiranya tuan/puan mengesan sebarang kesalahan, sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan di bawah untuk penambahbaikan bersama. Sekian, terima kasih. Salam Perpaduan dan Salam KSSR Sains. Disertakan di bawah ialah RPT Sains Tahun 5 / 2018 yang berversi Sarawak. Berlainan versi ini dengan negeri lain kerana terdapat seminggu cuti perayaan tambahan pada bulan Jun 2018. Semoga bermanfaat. ![]()
Sekiranya tuan/puan mengesan sebarang kesalahan, sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan di bawah untuk penambahbaikan bersama. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan KSSR Sains. Di sini saya ingin mengongsikan kertas soalan yang telah digubal bersempena dengan UPSR Sains Tahun 2017. Sebanyak 2 set soalan telah digubal dan ini merupakan set kertas soalan ramalan UPSR yang kedua. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua guru dan murid yang berminat untuk mencemerlangkan diri dalam mata pelajaran Sains. ![]()
Sekiranya Cikgu atau tuan puan merasakan ada ralat dalam pembinaan item dan skema permarkahan, sudi-sudilah tinggalkan komen untuk perkongsian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan KSSR Sains. Di sini saya ingin mengongsikan kertas soalan yang telah digubal bersempena dengan UPSR Sains Tahun 2017. Sebanyak 2 set soalan telah digubal dan ini merupakan set kertas soalan ramalan UPSR yang pertama. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua guru dan murid yang berminat untuk mencemerlangkan diri dalam mata pelajaran Sains. ![]()
Sekiranya Cikgu atau tuan puan merasakan ada ralat dalam pembinaan item dan skema permarkahan, sudi-sudilah tinggalkan komen untuk perkongsian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. Salam KSSR Sains. Di sini disertakan bersama kertas soalan Sains UPSR Sebenar bagi Tahun 2016. Semoga semua mendapat manfaat daripada kertas soalan Sains UPSR sebenar ini sebagai rujukan dan panduan untuk ramalan Sains UPSR 2017 kelak. ![]()
![]()
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pihak. Sekian, terima kasih. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains Tahun 6 telah diperkenalkan untuk menggantikan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tajuk telah digugurkan, diubahsuai dan ditambahkan demi memenuhi keperluan pengetahuan Sains murid pada masa kini. Untuk memudahkan pembacaan dan rujukan, disertakan bersama Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 6, Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Sains Tahun 6, templete Pelaporan Standard Prestasi Offline Sains Tahun 6, dan templete penulisan RPH bagi mata pelajaran Sains. Segala bahan yang dinyatakan di atas telah didapatkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian daripada sumber-sumber online yang sedia ada. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 6: ![]()
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Sains Tahun 6: ![]()
Templete Pelaporan Standard Prestasi Offline Sains Tahun 6: ![]()
Templete penulisan RPH bagi mata pelajaran Sains: ![]()
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |