Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan berikut: Unit 1 (Kemahiran Saintifik): https://forms.gle/FRfFqVBUtkuYYYoQA Unit 2 (Peraturan BIlik Sains): https://forms.gle/VR3PXLRtdXABM16h8 Unit 3 (Proses Hidup Haiwan): https://forms.gle/UCLSVYPAxJk34iHF7 Unit 4 (Proses Hidup Tumbuhan): https://forms.gle/6TEjfYusrNoGbucz6 Unit 5 (Tenaga): https://forms.gle/okvavpPx2PxiRSmq5 Unit 6 (Sifat Cahaya): https://forms.gle/KqG7Zoj8i7wtaGk27 Unit 7 (Elektrik): https://forms.gle/wNNGEqvyv23ZNM5XA Unit 8 (Haba): https://forms.gle/QPpa4fwxzrhWkUvt9 Unit 9 (Jirim): https://forms.gle/sGXfN9Mv7xek6DmN9 Unit 10 (Asid dan Alkali): https://forms.gle/tkT7FA2wcbdFqmVf6 Unit 11 (Bumi, Bulan dan Matahari): https://forms.gle/NXkpRK5R9n2cAz936 Unit 12 (Teknologi): https://forms.gle/hKVZMmJVDfcG3H7k6 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
13 Comments
Salam Perpaduan dan Salam KSSR Sains. Disertakan di bawah ialah RPT Sains Tahun 5 / 2019 yang versi Sarawak atau Kumpulan B. Semoga bermanfaat. ![]()
Sekiranya tuan/puan mengesan sebarang kesalahan, sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan di bawah untuk penambahbaikan bersama. Sekian, terima kasih. Salam sejahtera dan salam KSSR Sains. Kali ini penulis ingin mengongsikan himpunan soalan-soalan Sains Tahun 5 berdasarkan koleksi UPSR yang sebenar. Memandangkan UPSR semakan KSSR telah berlangsung selama 3 tahun (2016-2018), maka soalan-soalan bagi Sains Tahun 5 sudah cukup dihimpunkan menjadi satu set kertas soalan yang lengkap. Disertakan di bawah ialah 1. Sains Tahun 5 Kertas 1 berdasarkan UPSR sebenar 2. Sains Tahun 5 Kertas 2 berdasarkan UPSR sebenar 3. Sains Tahun 5 Cadangan skema jawapan Untuk makluman, sesetengah soalan telah diubahsuai selaras dengan kemampuan murid Tahun 5 untuk menjawab soalan. Untuk memudahkan para pendidik dan murid, versi words dan pdf telah disediakan dalam bentuk zip. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau kesilapan, komen membina atau pembetulan adalah sangat dialu-alukan. Semoga semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Sekian, terima kasih. ![]()
![]()
Salam Perpaduan dan Salam KSSR Sains. Disertakan di bawah ialah RPT Sains Tahun 5 / 2018 yang berversi Sarawak. Berlainan versi ini dengan negeri lain kerana terdapat seminggu cuti perayaan tambahan pada bulan Jun 2018. Semoga bermanfaat. ![]()
Sekiranya tuan/puan mengesan sebarang kesalahan, sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan di bawah untuk penambahbaikan bersama. Sekian, terima kasih. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains Tahun 5 telah diperkenalkan untuk menggantikan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 2015. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tajuk telah digugurkan, diubahsuai dan ditambahkan demi memenuhi keperluan pengetahuan Sains murid pada masa kini. Untuk memudahkan pembacaan dan rujukan, disertakan bersama Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 5, Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Sains Tahun 5, templete Pelaporan Standard Prestasi Offline Sains Tahun 5, dan templete penulisan RPH bagi mata pelajaran Sains. Segala bahan yang dinyatakan di atas telah didapatkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian daripada sumber-sumber online yang sedia ada. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 5: ![]()
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Sains Tahun 5: ![]()
Templete Pelaporan Standard Prestasi Offline Sains Tahun 5: ![]()
Templete penulisan RPH bagi mata pelajaran Sains: ![]()
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |