Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 5: Magnet. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Magnet oleh Cikgu HalinaSains Tahun 3 Unit 5: Magnet Tajuk Lagu: Magnet Melodi: Chan Mali Chan Lirik: Cikgu Halina Di mana dia, magnet-magnet saya Magnet-magnet saya ada di dalam makmal. Ada berapa, bentuk magnet saya, Bentuk magnet saya, ada enam semuanya. Jom belajar, Jom belajar, Jom belajar Kenali magnet. Apakah dia, bentuk-bentuk magnet, Ada magnet cincin, adalah magnet butang. Ada magnet ladam, juga magnet U, Magmet silinder, dan juga magnet bar. Jom belajar, Jom belajar, Jom belajar Kenali magnet. Magnet-magnet itu ada dua kutub Kutub utara dan kutub selatan Kala sama kutub, dia pasti tolak Kalau lain kutub, dia akan menarik Jom belajar, Jom belajar, Jom belajar Kenali magnet. Apakah dia, kegunaan magnet Guna dalam kompas, kipas dan peti sejuk Itulah dia cerita tentang magnet Mari kawan-kawan belajar bersama Jom belajar, Jom belajar, Jom belajar Kenali magnet. Lagu 2: Lagu Magnet oleh Cikgu AziahSains Tahun 3 Unit 5: Magnet Tajuk Lagu: Magnet Melodi: Nenek Si Bongkok Tiga Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Magnet, magnet ada berapa Magnet ada enam bentuknya Magnet cincin, butang, silinder Magnet ladam, bentuk U dan bar Bahan magnet dapat ditarik Boleh melekat pada magnet Objek-objek dari besi Paku tekan, pin dank unci Bahan yang tak dapat ditarik Itu bahan bukan magnet Macam kayu, getah dan kulit Kain, batu dan juga plastik Magnet ada dua kutub Kutub utara kutub selatan Kutub sama akan menolak Kutub berbeza akan menarik Banyak objek ada magnet Kompas untuk tunjuk arah Tutup rapat peti sejuk Tutup rapat kotak pensel Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
A. Bentuk-Bentuk Magnet
B. Tindakan Magnet
C. Kekuatan Magnet
D. Tarikan dan Tolakan
E. Kegunaan Magnet
Senarai Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Roslan Ghazali, Enchum Ibrahim, Idrus Hassann &Wan Mahiswandi Wan Ismail. 2013. Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai Penulis Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. ArchivesCategories |