Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

galeri aktiviti semasa

SCIENCE IS FUN!! Semuanya bermula dengan ilmu Sains...

“Reh-Al Mobil Serbaguna” (part 2/4)

1/20/2019

1 Comment

 

Bahagian B:
​Pernyataan Masalah

Picture


​Permasalahan

Ahli Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah berkumpul dan mengadakan perjumpaan yang pertama. Murid-murid dari pelbagai kelab dan persatuan telah melibatkan diri dan mengambil bahagan secara aktif untuk memikir dan menjana idea mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka semasa mereka menghadiri perjumpan kelab dan persatuan masing-masing. Kaedah sumbangsaran atau Brain-Storming telah diadakan dan hasil sumbang saran adalah seperti Jadual 2 di bawah. 
Picture
Jadual 2


​Analisis Permasalahan

​Daripada sesi sumbangsaran ahli Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah menyatakan masalah yang telah dihadapi oleh mereka daripada 5 kelab dan persatuan yang berbeza. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan telah membincang dan menganalisis masalah mengikut kelab dan persatuan dari segi kebolehlaksanaan dan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu inovasi untuk mengatasi masalah yang ditengahkan. Hasil anlisis permasalahan adalah seperti pada Jadual 3 di bawah.
Picture
Jadual 3

​Daripada Jadual 3, walaupun banyak masalah telah dicadangkan, tetapi bukan semua masalah boleh dan mampu diselesaikan oleh ahli kumpulan. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan telah menganalisis permasalahan mereka dari segi kepentingan terhadap ahli, kebolehlaksanaan projek, kemampuan ahli melaksanakannya, kreativiti projek dan nilai komersial/ potensi pengembangan projek tersebut. Setelah menganalisis, didapati bahawa hanya masalah rehal tidak mencukupi semasa menjalankan aktiviti dan tiada tempat letak kasut yang sesuai memenuhi kesemua kriteria pemilihan. Oleh itu, satu undian telah dijalankan untuk menentukan masalah apakah yang bakal diselesaikan. Berdasarkan keputusan undian, maka Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah rehal tidak mencukupi semasa menjalankan aktiviti (8 undi) memandangkan undiannya mengatasi masalah tiada tempat meletak kasut yang sesuai (2 undi).

Kaedah dan Teknik Pemilihan Masalah

​Setelah mengenal pasti masalah yang akan diselesaikan oleh ahli kumpulan, iaitu masalah rehal tidak mencukupi, maka ahli kumpulan menjalankan sesi sumbangsaran sekali lagi untuk memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Sebanyak 4 kaedah penyelesaian telah dicadangkan dan setiap kaedah penyelesaian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Strength, Weakness, Opportunity and Threat (SWOT) seperti pada Jadual 4 di bawah.
Picture
Jadual 4

Sesungguhnya kesemua cadangan penyelesaian yang tersebut di atas mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Ahli kumpulan juga berusaha untuk memikirkan bagaimana menggabungkan cadangan yang dicadangkan oleh mereka menjadi satu produk yang unik dan lain daripada yang lain.
​
Berdasarkan kaedah dan teknik pemilihan masalah yang dicadangkan, iaitu SWOT, ahli Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior bersepakat untuk menghasilkan satu rehal yang diperbuat daripada bangku kerusi yang terbuang. Mengimbau kembali permasalahan yang dicadangkan pada awal perjumpaan, didapati bahawa penghasilan rehal ini juga boleh digabungkan dengan permasalahan yang lain seperti susunan kitab Al-Quran yang tidak teratur di surau dan tidak ada tempat khas untuk menyimpan dan meletak kitab. Maka dengan ini, ahli kumpulan menggambil keputusan untuk menghasilkan sebuah produk gabungan rehal dan almari yang boleh bergerak disertai dengan fungsi tambahan yang lain. 

Rasional Pemilihan Projek

Projek ini dipilih berdasarkan beberapa faktor pertimbangan dan rasional yang tersendiri. Pertama sekali, projek ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekurangan rehal yang terdapat di surau. Berdasarkan pemerhatian ahli kumpulan kami, murid-murid Persatuan Agama Islam dan JQAf sentiasa berebut-rebut rehal yang terhad di surau. Akibatnya terdapat murid yang terpaksa membaca kitab tanpa menggunakan rehal dan meletakkan rehal di atas lantai begitu sahaja.

Selain itu, projek ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah susunan kitab Al-Quran yang tidak tersusun di surau selepas setiap kali penggunaan serta masalah tidak ada tempat untuk menyimpan kitab Al-Quran. Berdasarkan pemerhatian ahli kumpulan kami, murid-murid tidak akan menyusun kitab Al-Quran yang digunakan, tetapi membuang begitu sahaja ke satu sudut meletak kitab gara-gara tergesa nak balik ke rumah atau ke latihan sukan sekolah selepas setiap kali perjumpaan. Akhirnya, guru penasihat sendiri yang terpaksa menyusun semula kitab Al-Quran tersebut. Memandangkan produk yang dihasilkan mempunyai almari atau laci khas yang boleh menyimpan kitab Al-Quran, maka murid hanya perlu memasukkan kitab ke dalam laci rehal semasa memulangkan rehal. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah susunan kitab Al-Quran yang berselerak di surau, malah, murid dapat menjalankan proses pemulangan kitab Al-Quran dan rehal secara tersusun dan sistematik.
​
Malah, niat awal projek ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah timbunan sampah bahan buangan yang semakin banyak di sekolah. Berdasarkan pemerhatian ahli kumpulan kami, kotak-kotak netbook 1 Malaysia yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sampai kini masih disimpan di stor surau kerana tidak ada tempat lain untuk menyimpannya. Malah, semakin banyak bangku kerusi yang rosak dan dikumpulkan di dalam stor sekolah begitu sahaja. Oleh itu, terdapat ahli kumpulan yang bercadang bahawa apa kata kita menggunakan bahan-bahan terbuang tersebut untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada sekolah sebagai salah satu projek lestari alam sekitar peringkat sekolah. Memandangkan ahli kumpulan membangkitkan isu ini semasa dalam sesi sumbangsaran, maka ahli kumpulan bersetuju untuk menggunakan bahan-bahan terbuang ini untuk menghasilkan sesuatu bersempena dengan Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah-Sekolah Daerah Dalat Tahun 2018. 
​

Pernyataan Masalah

Masalah kali ini berfokus kepada masalah yang sering dihadapi oleh ahli-ahli Persatuan Agama Islam dan JQaf khususnya pada setiap kali perjumpaan. Secara amnya, produk ini ditujukan kepada semua pengguna surau, iaitu seluruh murid dan guru di SK Kampung Senau.

Antara masalah yang dihadapi oleh mereka termasuklah: (i) Kekurangan rehal ketika aktiviti keagamaan; (ii) Tidak mempunyai tempat atau ruang khas yang menyimpan kitab dengan selamat; dan (iii) Kitab Al-Quran tidak tersusun dan berselerak setiap kali penggunaan selepas perjumpaan.

Berdasarkan sesi sumbangsaran dan perbincangan dalam kalangan ahli Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior, satu cadangan telah dikemukakan, iaitu menghasilkan sebuah rehal mudah alih yang dilengkapi dengan laci almari menyimpan kitab Al-Quran, di samping memiliki fungsi-fungsi tambahan pada produk tersebut.
​
Projek ini dilaksanakan pada peringkat sekolah dan hasil produk akan dicuba uji atau dipakai guna di surau sekolah. Jadual 5 menunjukan pernyataan masalah dalam konsep Target, Object, Place and Purpose (TOPP).
​
Picture
Jadual 5
Picture
1 Comment
Ryan D link
2/21/2021 02:38:01 pm

God bleess

Reply



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    December 2019
    October 2019
    September 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    January 2019
    October 2018
    February 2018
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.