galeri aktiviti semasa
SCIENCE IS FUN!! Semuanya bermula dengan ilmu Sains...
Sekolah SK Kampung Senau telah menyertai Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris Tahap 1 (Tahun 3) Peringkat Daerah Dalat pada 11 Mei 2016 yang bertempat di SK Datu Pengiran Mohamad (DPM), Dalat. Pertandingan ini merupakan langkah tapisan awal untuk memilih peserta yang layak untuk mewakili daerah Dalat ke Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris Peringkat Negeri yang bakal diadakan di Sibu, Sarawak kelak. Untuk tujuan tersebut, pihak sekolah telah menghantar seorang wakil sekolah untuk menyertai pertandingan tersebut, iaitu Adik Awang Mohamad Afiq Bin Awang Mohd. Ramadzan (Tahun 3). Adik Afiq dilatih oleh guru pembimbing pertandingan tersebut, iaitu Cikgu Chang Tun Kuet. Pada hari pertandingan, mereka telah hadir ke tempat pertandingan diiringi oleh Cikgu Chang Tun Kuet, guru pengiring pertandingan. Pihak sekolah turut berasa amat besar hati kerana mendapat kepercayaan daripada pihak penganjur kerana menjemput Puan Lisa Debra Pey Adum, guru Bahasa Inggeris SK Kampung Senau sebagai salah seorang panel hakim bagi pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut disertai oleh 10 orang peserta yang berasal daripada sekolah yang berbeza di sekitar Daerah Dalat. Selepas sesi pertandingan yang menarik dan mencabar, akhirnya peserta sekolah kita telah berjaya mendapat tempat keempat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Afiq. Akhir kata, adalah diharapkan bahawa semakin banyak murid sekolah dapat menimbulkan rasa berminat terhadap pertandingan bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris agar dapat mewakili sekolah kita dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang memberangsangkan. Sekian, terima kasih. Untuk melihat lebih banyak foto, sila klik sini.
1 Comment
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
December 2019
Categories |